Tuesday 28 October 2008

Woodsley Power di F.C



Woodsley Power membuka gerainya di FC. Lihat Abang C.E.O kita dengan penuh semangat menjual produk pertama W.P iaitu air soya. Stok air soya dihabiskan di FC. Nantikan produk W.P yang seterusnya.




Friday 24 October 2008

Liqo' Al-Fikri


Alhamdulillah, Liqo' al-Fikri di rumah abg Rezwan telah berjaya diadakan. Tajuk 'Pemuda di Zaman Globalisasi' telah dikupas oleh Ustaz Daud dengan penerangan yang amat memberangsangkan. Juga penjelasan topik 'Pemuda di Zaman Rasulullah' telah dijelaskan oleh Ustaz Fadhil dengan penuh semangat. Alhamdulillah. InsyaAllah, liqo'2 seperti akan diadakan pada masa akan datang seperti yang dicadangkan oleh saudara Ustaz Daud, Hilfi dan Nawi.



Bergambar selepas Liqo'







Thursday 23 October 2008

Liqo' Al-Fikri di Rumah Abang Rezwan



Ahlanwasahan. Dijemput datang ke rumah Abg Rezwan semua. InsyaAllah kita akan berusrah bersama2, Abg Rezwan selaku tuan rumah menjemput semua utk hadir. Berikut adalah details perjumpaan untuk usrah esok hari.


Tempat : 55A, burley Loadge Road,LS6 QP(berhampiran dgn Grand Mosque)

Penceramah Jemputan : Ustaz Daud Norakit

Tarikh : 24/10/2008 (Hari Jumaat)

Tentatif : 

5.30 pm:berkumpul di rumah di 55A, Burley Loadge Road, 
6.00 pm:Solat Maghrib Berjemaah
6:30 pm:Jamuan
7:00 pm:Usrah
8:30 pm:Solat Isyak
9:00 pm:Bersurai

Kehadiran terbuka kepada semua muslimin esp undergrad yang tinggal di sekitar di University of Leeds.

Woodsley Power Datang Lagi


Nantikan aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh kami di Woodsley Power. Jualan barang-barang yang sangat diperlukan oleh komuniti Leeds. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke dalam blog ini. InsyaAllah, selain dari menyediakan perkhidmatan menjual barang-barang asasi manusia seharian, kami juga akan menganjurkan aktiviti bersifat kerohanian seperti usrah dan sebagainya.