Wednesday 3 December 2008

Liqa Al-Fikri 4 - AQIDAH


Liqa' Al-Fikri yang ke Empat akan diadakan :

Tempat : Rumah Abang Rezwan Alias, Burley Lodge.

Tarikh : 5 December 2008

Masa : 1900 selepas solat Isyak

Tajuk : Ma'rifatullah - Mengenali Tauhid Rububiyah,Uluhiyah dan Asma u Wassifat.

Penceramah : Ustaz Daud Norakit (Veteran Leeds)


Diharap semua especially mereka yang berada di kawasan University dapat bersama-sama menyertai liqa ini.

Seperti biasa, makanan untuk liqa' ini akan disediakan secara pot-luck dimana para hadirin akan membawa makanan dari rumah mereka dengan seikhlas hati. InsyaALLAH.

Salam bahagia dari Woodsley Power.

Tuesday 18 November 2008

Liqa Al-Fikri 3



Marilah kita meramaikan Liqa' Al-Fikri Al-Wida pada jumaat ini. Muslimat-muslimat juga dijemput untuk menghadirkan diri ke Liqa' ini.

Berikut adalah detail untuk Liqa nanti:


Tempat ; GreenRoom, Conference Auditorium Building, University of Leeds.

Tarikh ; 21hb November 2008

Masa ; 1800 bersama dengan 6.00 petang.

Penceramah ; Mas Afzal Masarudin (Sheffield), Ust Fadzil (Leeds)

Tajuk Perbincangan ; Hadiah Buat Rasulullah, Air Mata Rasullullah.

Jamuan ; Secara PotLuck bermakna masing-masing perlulah membawa makanan.


Mengapa Muslimat dijemput?

Kerana majlis ini dibuat di GreenRoom, jadi kawasan lebih luas. Disamping itu, makanan yang dibawa dr rumah pun lebih menarik.

Sekali lagi ingin ditegaskan, Muslimat dan Muslimin dijemput untuk ke Liqa' ini. Terutamnya mereka yang tinggal di kawasan-kawasan berhampiran University.

Friday 7 November 2008

Liqo Al-Fikr 2 (Review)

Alhamdulillah, liqo alfikri kedua sudah selesai dengan jayanya, kali ini kita membincagkan kita 'MATI'. Sekali lagi, Ust Fadzil dari Harehills memberikan penerangannya dengan penuh berkobar-kobar walaupun beliau ingin ke Lancaster selepas liqo' tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan dari Archery Terrace kerana sanggup untuk menjadi tuan rumah. InsyaAllah seleapas ini kita akan adakan di rumah yang lain pula. Mungkinkah Kelsal Groove ataupun Woodsley Green. Nantikan sahaja.

Berikut adalah gambar-gambar ceria semasa Liqo tersebut.














Thursday 6 November 2008

Produk WP : BERAS

Jangan marah,jangan terkesima dan jangan terkedu, malu dan segan.

Kami datang lagi atas permintaan ramai.
Eh..eh..eh..bukan jual soya lagi, cukup-cukuplah tu.

Kali ini lebih hebat tawaran kami.

Adakah anda rasa beras di Leeds agak mahal?Kalau difikirkan semula berbaloi ker £30 digunakan untuk beli 20 kg beras basmati? ditambah lagi dengan kos penghantaran ke rumah seperti teksi ataupun duit minyak?

Maka kami di sini memberikan anda penyelesaiannya dengan jualan beras bersama tambahan penghantaran ke rumah secara percuma***

Harga??Pastinya harganya lebih rendah daripada yang tertera di supermarket berdekatan tempat anda.

Berikut beras-beras yang berada dalam stok simpanan kami.



Beras Broken Surya = 25.99 Pound




Beras Apna = 30.99 Pound




Beras Basmati Salaam = 35.50 Pound


Semua harga diatas boleh dirunding. Bak Kata CEO kami, harge NEGOTIABLE

Oleh itu,sekiranya ada saudara saudari,adik,kakak,abang sekalian yang berminat untuk menempah beras yang tertera di atas,sudi-sudilah berutusan terus dengan C.E.O kami yang tidak asing lagi Ir Nawi di talian 07824999351.Sekiranya tidak berminat tekan saja pangkah pada bucu kanan atas Website ini. Fahamkan?

Sekian dulu dari Gerai Woodsley Power.

***Penghantaran percuma ke rumah yang berdekatan dengan Universiti sahaja.Penghantaran ke penempatan di luar Universiti seperti Harehills,Beeston dan sebagainya akan dicaj pada harga yang berlainan mengikut budi bicara Pengarah Urusan.

Salam sayang dari CEO kami.

Wednesday 5 November 2008

Liqo Al-Fikr 2 di Archery Terrace



InsyaAllah, kita bersama-sama akan berjumpa di Majlis Liqo' Al-Fikri kita yang ke-2. Berikut adalah detail perjumpaan kita :

Tempat : 2 Archery Terrace, LS29AT, Leeds (Berdekatan dengan Leeds Medical Practice)

Tarikh : 7 November 2008, Hari Jumaat

Tentatif:

600- Berkumpul di alamat diatas
630-Solat Isya
700-Ceramah dr Jemputan
830-Makan
900-Bersurai


Penceramah jemputan : Ustaz Daud (Veteran Leeds) dan Ustaz Fadzil (Pentazkirah FC)

Kehadiran terbuka kepada sesiapa yang ingin serta tetapi dengan syarat mestilah MEMBAWA POTLUCK dari rumah masing-masing kerana tuan rumah hanya akan sediakan makanan asas sahaja. Hanya terbuka kepada Warga Leeds LELAKI sahaja.

Tuesday 28 October 2008

Woodsley Power di F.C



Woodsley Power membuka gerainya di FC. Lihat Abang C.E.O kita dengan penuh semangat menjual produk pertama W.P iaitu air soya. Stok air soya dihabiskan di FC. Nantikan produk W.P yang seterusnya.




Friday 24 October 2008

Liqo' Al-Fikri


Alhamdulillah, Liqo' al-Fikri di rumah abg Rezwan telah berjaya diadakan. Tajuk 'Pemuda di Zaman Globalisasi' telah dikupas oleh Ustaz Daud dengan penerangan yang amat memberangsangkan. Juga penjelasan topik 'Pemuda di Zaman Rasulullah' telah dijelaskan oleh Ustaz Fadhil dengan penuh semangat. Alhamdulillah. InsyaAllah, liqo'2 seperti akan diadakan pada masa akan datang seperti yang dicadangkan oleh saudara Ustaz Daud, Hilfi dan Nawi.



Bergambar selepas Liqo'







Thursday 23 October 2008

Liqo' Al-Fikri di Rumah Abang Rezwan



Ahlanwasahan. Dijemput datang ke rumah Abg Rezwan semua. InsyaAllah kita akan berusrah bersama2, Abg Rezwan selaku tuan rumah menjemput semua utk hadir. Berikut adalah details perjumpaan untuk usrah esok hari.


Tempat : 55A, burley Loadge Road,LS6 QP(berhampiran dgn Grand Mosque)

Penceramah Jemputan : Ustaz Daud Norakit

Tarikh : 24/10/2008 (Hari Jumaat)

Tentatif : 

5.30 pm:berkumpul di rumah di 55A, Burley Loadge Road, 
6.00 pm:Solat Maghrib Berjemaah
6:30 pm:Jamuan
7:00 pm:Usrah
8:30 pm:Solat Isyak
9:00 pm:Bersurai

Kehadiran terbuka kepada semua muslimin esp undergrad yang tinggal di sekitar di University of Leeds.

Woodsley Power Datang Lagi


Nantikan aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh kami di Woodsley Power. Jualan barang-barang yang sangat diperlukan oleh komuniti Leeds. Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke dalam blog ini. InsyaAllah, selain dari menyediakan perkhidmatan menjual barang-barang asasi manusia seharian, kami juga akan menganjurkan aktiviti bersifat kerohanian seperti usrah dan sebagainya.